BLOG SEKOLAH AGAMA TMN SRI SAUJANA DALAM PROSES KEMASKINI, TERIMA KASIH..Myspace Scrolling Text Creator

KURSUS HAJI 2009


Kursus ibadah haji dan umrah ini dilaksanakan untuk memberi gambaran sebenar kepada pelajar-pelajar darjah 6, disamping itu pelajar berpeluang mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam perlaksanaan ibadat haji dan umrah sebagai rukun islam yang kelima.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2009


Antara pengisian sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun 2009

VISI

Mengurus dan menyediakan pendidikan yang sistematik dan berterusan sebagai wadah untuk membentuk dan membina generasi muslim dan muslimah yang berkualiti lagi komited bagi memastikan survival umat pada masa depan terus terpelihara dan terurus.

MISI

v
Mencerap kesedaran dan pertanggungjawaban setiap anggota masyarakat islam terhadap kepentingan pendidikan islam dalam mencegah dan memperkemaskan diri daripada berbagai kemelut cabaran dan gejala negatif yang meruntuh status kemuliaan insan. Melahirkan anak-anak didik yang celik agama,berilmu,beriman,beramal,berakhlak murni dan berketerampilan menerusi program pendidikan yang terancang bertahap dan berkesan.

OBJEKTIF SEKOLAH

1. Sentiasa membantu pelajar-pelajar agar bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat.
v2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti .
v3. Bersedia memberi layan mesra dan menyampaikan maklumat terkini kepada pelajar-pelajar dan masyarakat.
v4. Bersedia menerima pandangan dan cadangan dari semua pihak .
SEKOLAH AGAMA TAMAN SRI SAUJANA
Sekolah Agama Taman Sri Saujana telah ditubuhkan pada 5 Januari tahun 2004 bersamaan 12 Zulkaedah 1424H. Guru Besar yang pertama adalah Ustaz Roslin Bin Abd.Rahman. Bangunan sekolah Agama Taman Sri Saujana masih dalam pembinaan. Sekolah agama ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Saujana sejak 2004. Sekolah ini terdapat 17 buah bilik darjah dan 1 bilik pentadbiran. Guru-guru pertama yang berkhidmat di sekolah ini pada tahun 2004 adalah Ustaz Naib Bin Sufari, mula berkhidmat pada 01 Februari 1987,Ustazah Saadah Bt Mohamad Jadin,mula berkhidmat 16 Januari 1994, Ustaz Badrul Hisham , berkhidmat pada 14 Februari 2003 dan Ustazah Irdiana,mula berkhidmat pada 20 Mac 2004.

AL-GURAM MP3